Saturday, March 26, 2016

Permohonan Biasiswa

MAKLUMAN : Permohonan Peneraju Tunas Potensi

Salam,

Permohonan bagi program Peneraju Tunas Potensi kini dibuka sehingga 3 April 2016. Sila layari laman sesawang Yayasan Peneraju, bahagian Tunas Potensi untuk memohon dan maklumat lanjut.

Syarat-syarat Kelayakan :
Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan SPM/STPM 2015)
Keputusan Peperiksaan:
SPM 2015 : Minima 5 A- ; Atau
STPM 2015 : Minima 2 A-
Jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan
Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi
Disebabkan jumlah pendaftaran untuk memohon melebihi 10,000, anda mungkin akan mengalami masalah untuk mengakses sistem permohonan Peneraju Tunas Potensi. Anda digalakkan untuk cuba mengakses sistem tersebut pada masa yang berbeza sekiranya tidak dapat mengakses sistem tersebut pada pertama kali.

Untuk sebarang persoalan, sila rujuk 'Soalan-Soalan Lazim' atau e-melkan persoalan anda kepada tunaspotensi2016@yayasanpeneraju.com.my. E-mel akan dibalas dalam jangka masa 5 hari bekerja.

Kerjasama anda amat kami hargai.

NOTA :

1) Sila periksa Senarai Kursus, Institusi dan Kelayakan Minima untuk syarat kelayakan yang lebih khusus mengikut bidang pengajian.

2) Program pembiayaan pendidikan Peneraju Tunas Potensi adalah khusus untuk lepasan SPM/STPM 2015 sahaja dan tidak dibuka kepada pelajar lepasan A-Level / IB / Asasi / Matrikulasi / Diploma / Ijazah Sarjana dan lain-lain.

3) Senarai Dokumen di laman sesawang Yayasan Peneraju adalah untuk rujukan sahaja. Calon yang memohon tidak perlu menghantar dokumen tersebut semasa tempoh permohonan. Hanya calon yang di senarai pendek ke sesi Penilaian dan Temuduga sahaja yang perlu menyediakan dokumen tersebut untuk diserahkan kepada penemuduga apabila dimaklumkan nanti.

'MEMUPUK DAN MEMBANGUNKAN BAKAT BUMIPUTERA KE POTENSI TERTINGGI'
'MEREALISASI ASPIRASI'

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA

0 comments:

Post a Comment

Embedded below post