Tahun Baru Cina (Chinese New Year) merupakan
perayaan terpenting untuk orang berbangsa Cina dalam menyambut tahun baru
mengikut kalendar qamari Cina Kalendar qamari Cina terbahagi kepada
kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Bagi tahun 2016,
perayaan tahun baru cina (tahun monyet) akan disambut oleh rakyat Malaysia
yang beragama Buddha pada tarikh 8 Februari 2016 Tahun Baru Cina juga
dianggap sebagai detik permulaan (kosong-kosong), titik permulaan
juga penentuan nasib dalam menjalani kehidupan yang mendatang
Persediaan Dan Cara Sambutan Tahun Baru Cina 2016
Di Malaysia
Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka
tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar
pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau
puaka dan nasib malang Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol
murah rezeki, bunga dan pokok limau Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee
sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi
seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin
Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam
sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang
berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin
Perarakan
tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi
gendang Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru
Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA
2016 (CHINESE NEW YEAR) MALAYSIA
Berikut
disertakan terjemahan beberapa istilah bahasa Manderin ke Bahasa Melayu
Bahasa
Mandarin
|
Bahasa
Melayu
|
Xin Nian Kuai Le
|
Selamat tahun baru
|
Shen Ti Jian Kang
|
Semoga selalu sihat
|
Da Ji Da Li
|
Semoga mendapat berkat dan
keuntungan besar
|
Bu Bu Gao Sheng
|
Semoga maju jaya /dapat
kenaikan pangkat,
hubungan baik /usaha meningkat
|
Sheng Yi Xing Rong
|
Semoga usaha
bertambah maju
|
Wan Shi Ru Yi
|
Semoga semua
permintaan dipenuhi
|
Gong Xi Fa Chai
|
Tahniah moga mendapat lebih
kekayaan / Berbahagia dan cepat kaya
|
Nian Nia You Yu
|
Semoga tiap-tiap tahun baharu
selalu makmur
|
Kiong Hi Fat Coi Ang Pau Na Lai
|
Selamat tahun baru angpaunya
tolong diberikan kepada saya
|
0 comments:
Post a Comment
Embedded below post