wargasmklk

SMK Lambor Kiri

Aktiviti KoKurikulum

LAMBORIAN WARRIORS

Tuan Rumah NKISS

Bersama Membina Kecemerlangan

Tahniah Pengetua

SMKLK GEMILANG

Warga Pendidik

#SMKLK Gemilang

Sunday, February 21, 2016

Makluman Berkenaan IPG

KENYATAAN PENAFIAN MENGENAI TARIKH PERMOHONAN ATAS TALIAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU YANG DISEBARKAN MELALUI MEDIA SOSIAL.


Adalah dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah menerima banyak pertanyaan mengenai tarikh berkaitan dengan permohonan atas talian ke Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi tahun 2016 untuk lepasan SPM seperti yang tersebar di media sosial sejak Disember 2015.
 
Sehubungan dengan itu, sehingga kini IPGM tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman mengenai tarikh-tarikh yang berkaitan dengan permohonan kemasukan ke IPG secara atas talian bagi tahun 2016.
 
Sebarang maklumat rasmi hanya akan disebarkan melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
 

Lambor Kiri D Hati

Salam perpisahan  buat semua warga Lambor Kiri

Kalau ada sumur di ladang
Boleh teman menumpang mandi
lnshaa Allah umur yang panjang
Kelak kita bertemu lagi

Cinta Lambor Kiri








Monday, February 15, 2016

AMALAN GURU PENYAYANG 2016








Program Pelancaran Amalan Guru Penyayang Peringkat Sekolah SMK Lambor Kiri
Tarikh: 15 Februari 2016, Isnin
Masa: 7.30 pagi
Perasmi: En. Shamsahhimi B. Harun (Pengetua SMK Lambor Kiri)

Sunday, February 14, 2016

Makluman UPU

Ringkasan Seminar Jom Masuk U 2016
1. Bpkp penjenamaan semula UPU.
2. USM tidak termasuk dlm BPKP.
3. 19 buah universiti awam dan 93 institusi kemahiran awam.
4. Tarikh tutup pembelian  no unik 4 April 2016

5. Keputusan SPM ....3 Mac
6. Prog yg ada interview akan diinterview pd minggu akhir April.
7. Keputusan permohonan akan keluar pd 2 mei
8. Ada 12 pilihan kursus berbanding dulu 8 shj
9. Tiada had utk mengemaskini.
10.  Rayuan boleh dibuat selepas 5 hari keputusan kemasukan.
11. Utk maklumat trrperinci tel ...03-88706767 atau 03,-88706777

Wednesday, February 10, 2016

Makluman Peperiksaan

Pendaftaran Calon Persendirian PT3, Peperiksaan SPM, SPMU dan STAM bagi Tahun 2016

10 February 2016
Pendaftaran Calon Persendirian PT3, Peperiksaan SPM, SPMU dan STAM bagi Tahun 2016 adalah seperti berikut

Tuesday, February 9, 2016

Khasiat kulit telur

Tahukah anda sisa-sisa kulit telur ada kegunaannya. Kulit telur boleh digunakan untuk membunuh semut, lipas dan tikus. Cegah bunuh, halau dan lupus serangga-serangga perosak di rumah anda sebelum ia mendatangkan penyakit kepada anda.
Senang, mudah dan mujarab malah ramai yang telah mencuba. Ternyata berkesan untuk menghapuskan lipas, tikus, kumbang, siput, anai-anai, belalang, kutu, hama, parasit pokok, dan banyak lagi serangga perosak tanaman atau di dapur rumah anda. 
Sebelum ini kita sering tercari-cari kaedah mahupun petua bagi menghapuskan serangga-serangga kecil tersebut daripada memudaratkan dan seterusnya menjejaskan kesihatan kita. Jadi, ayuh segeralah bertindak !

Ikuti Langkah-langkah berikut: 

1.  Keringkan kulit telur terlebih dahulu dan ditumbuk halus supaya menjadi serbuk seperti tepung. Simpan di dalam botol kaca supaya tahan lama dan tidak mudaratkan manusia. 
2.  Tabur di kawasan tanaman yang terkena serangan serangga perosak. Bagi tikus, tabur di tempat laluan tikus itu. Contohnya di bawah pintu dapur anda. Jangan tercicir seinci pun laluannya. 
3.   Bagi lipas pula, taburkan serbuk itu di celah-celah dapur yang dikenal pasti laluan lipas pada waktu malam. Keeesokan harinya lipas dan serangga akan mati. Bagi anai-anai pula taburkan di lubang laluan utama keluar masuk ke sarangnya. Anai-anai akan mati akibat terhidu serbuk kulit telur.
 Semoga petua ini memberi manfaat kepada anda semua

Monday, February 8, 2016

Belajar Cara Belajar

Bahagian 1: Persediaan Untuk Belajar

Sebelum anda belajar ataupun mengulangkaji, andalah terbaik anda mengetahui bagaimana untuk “bersedia untuk belajar“. Berikut adalah cara-caranya.

1. Mengatur Masa

Masa amat kritikal dalam pembelajaran berkesan, oleh itu anda perlu mengaturnya dengan baik. Anda perlu membuat jadual waktu harian dan membekalkan beberapa jam mengikut kemampuan anda untuk belajar dan mentelaah pelajaran. Dengan berbuat demikian, ia boleh memberikan anda keputusan yang lebih dalam peperiksaan.
Jumlah jam yang diaturkan boleh jadi berbeza mengikut tahap pembelajaran yang anda sedang ikuti (sekolah ataupun kolej universiti) dan bidang pembelajaran (sains ataupun sastera). Pastikan anda mengatur masa itu dengan sekadarnya dan ianya munasabah, agar anda boleh ikut perancangan anda dengan baik.
Anda perlu imbangkan sekolah, kelas, latihan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Sekiranya anda sedang mengalami masalah dalam kelas, anda perlu pertimbangkan kerja sambilan ataupun aktiviti kokurikulum. Dalam keadaan ini, anda perlu utamakan gred pembelajaran terlebih dahulu dan berhentikan untuk sementara komitmen yang lain, sehinggalah keputusan anda meningkat.
Untuk pelajar kolej mahupun universiti, anda perlu memperuntukkan masa mengulangkaji pelajaran bergantung kepada tahap kesukaran dan kadar jam kredit sesuatu subjek tersebut. Sebagai contoh, anda mempunyai subjek fizik sebanyak 3 jam kredit, anda perlu belajar 9 jam seminggu (3 jam x 3 tahap sangat sukar).
Ataupun contoh yang lain: subjek sastera yang agak sukar, anda boleh memperuntukkan 6 jam seminggu untuk subjek tersebut (3 jam x 2 tahap agak sukar).
Walaubagaimanapun, di atas adalah sekadar cadangan sahaja, anda boleh mengubah cadangan di atas mengikut keperluan dan kemampuan anda. Apa yang pasti, anda perlu menguasai subjek tersebut, dan faham apa yang penting untuk kehidupan anda.
Bersambung...


Barisan Pengawas dan PRS SMK Lambor Kiri Sesi 2016


Barisan Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya SMK Lambor Kiri Sesi 2016
Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan tanggung jawab yang diberi.

PENGEMASKINIAN BORANG PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2016/017

PENGEMASKINIAN BORANG PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2016/017


Sukacita dimaklumkan bahawa Pengemaskinian Borang Permohanan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017  boleh dilakukan bermula 10 Februari sehingga 24 Februari 2016. Sila layari www.moe.gov.myuntuk maklumat lanjut.

Friday, February 5, 2016

Tahun Baru Cina (Chinese New Year)

Tahun Baru Cina (Chinese New Year) merupakan perayaan terpenting untuk orang berbangsa Cina dalam menyambut tahun baru mengikut kalendar qamari Cina Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Bagi tahun 2016, perayaan tahun baru cina (tahun monyet) akan disambut oleh rakyat Malaysia yang beragama Buddha pada tarikh 8 Februari 2016 Tahun Baru Cina juga dianggap sebagai detik permulaan (kosong-kosong), titik permulaan juga penentuan nasib dalam menjalani kehidupan yang mendatang Persediaan Dan Cara Sambutan Tahun Baru Cina 2016
Di Malaysia Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin
Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA 2016 (CHINESE NEW YEAR) MALAYSIA
Berikut disertakan terjemahan beberapa istilah bahasa Manderin ke Bahasa Melayu

 Bahasa Mandarin
Bahasa Melayu
Xin Nian Kuai Le
Selamat tahun baru
Shen Ti Jian Kang
Semoga selalu sihat
Da Ji Da Li
Semoga mendapat berkat dan keuntungan besar
Bu Bu Gao Sheng
Semoga maju jaya /dapat kenaikan pangkat,
hubungan baik /usaha meningkat
Sheng Yi Xing Rong
Semoga usaha bertambah maju
Wan Shi Ru Yi
Semoga semua permintaan dipenuhi
Gong Xi Fa Chai
Tahniah moga mendapat lebih kekayaan / Berbahagia dan cepat kaya
Nian Nia You Yu
Semoga tiap-tiap tahun baharu selalu makmur
Kiong Hi Fat Coi Ang Pau Na Lai
Selamat tahun baru angpaunya tolong diberikan kepada saya