wargasmklk

SMK Lambor Kiri

Aktiviti KoKurikulum

LAMBORIAN WARRIORS

Tuan Rumah NKISS

Bersama Membina Kecemerlangan

Tahniah Pengetua

SMKLK GEMILANG

Warga Pendidik

#SMKLK Gemilang

Thursday, September 22, 2016

Juara Mobile Apps Challenge 2016

Tahniah .....Team SMK Lambor Kiri bergelar juara Mobile Apps Challenge 2016. Pertandingan ini peringkat negeri diadakan di UTP Tronoh pada 20 September dan dianjukan oleh pihak UTP.





Monday, May 30, 2016

Sukan Tahunan 2016

Sederhana tapi meriah.....tahniah kepada semua JK Sukan Tahunan SMKLK 2016 yang telah bertungkus lumus menjayakan acara sukan tahunan pada kali ini-wargasmklk

Thursday, April 28, 2016

PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN CALON JAYA YANG TELAH MENERIMA TAWARAN PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) SESI 2016/2017


PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN CALON JAYA YANG TELAH MENERIMA TAWARAN PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) SESI 2016/2017


Semua calon jaya yang bersetuju MENERIMA TAWARAN Program Matrikulasi KPM DIGALAKKAN membuat pendaftaran secara dalam talian mulai 9 Mei 2016 dan akan berakhir pada 31 Mei 2016.  Sila layari laman sesawang kolej penempatan masing-masing.  Pendaftaran dalam talian akan melancarkan proses pendaftaran saudara di kolej matrikulasi nanti.  Calon jaya yang tidak melaksanakan pendaftaran secara dalam talian masih boleh mendaftar secara manual pada hari pendaftaran yang telah ditetapkan dalam surat tawaran masing-masing.

Friday, April 22, 2016

Yes Id Frog Vle

Majlis pelancaran dan Penyerahan Kad Yes Id Frog Vle telah berlangsung di Dataran Perhimpunan pada 11 April yang lalu. Upacara perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tn Pengetua En Shamsahhimi b. Harun dan telah menyampaikan mock Yes Id kepada pelajar, guru dan  wakil ibu bapa En Hamidan b. Jidin.

Objektif penyerahan kad id  : 
1. Memberi  ID Vle Frog pelajar, guru dan Ibu bapa .
2. Memberi panduan cara mengakses Vle Frog kepada pelajar,
3. Meningkatkan pengetahuan murid tentang penggunaan Frog VLE.
4. Memberi pendedahan tentang kebaikan menggunakan Vle frog

AGA 2016

PELAJAR TERBAIK SPM 2015 MUHAMAD ASYRAF HAIQAL BIN KAMAROZAMAN yang memperolehi 9A sedang menerima hadiah yang disampaikan oleh En. Hamim b. Mohd Askar yang mewakili Tn PPD Perak Tengah sewaktu Majlis Anugerah Gemilang Akademik Kali Ke-26 pada 7 April baru-baru ini. 


Saturday, March 26, 2016

Permohonan Biasiswa

MAKLUMAN : Permohonan Peneraju Tunas Potensi

Salam,

Permohonan bagi program Peneraju Tunas Potensi kini dibuka sehingga 3 April 2016. Sila layari laman sesawang Yayasan Peneraju, bahagian Tunas Potensi untuk memohon dan maklumat lanjut.

Syarat-syarat Kelayakan :
Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan SPM/STPM 2015)
Keputusan Peperiksaan:
SPM 2015 : Minima 5 A- ; Atau
STPM 2015 : Minima 2 A-
Jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan
Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi
Disebabkan jumlah pendaftaran untuk memohon melebihi 10,000, anda mungkin akan mengalami masalah untuk mengakses sistem permohonan Peneraju Tunas Potensi. Anda digalakkan untuk cuba mengakses sistem tersebut pada masa yang berbeza sekiranya tidak dapat mengakses sistem tersebut pada pertama kali.

Untuk sebarang persoalan, sila rujuk 'Soalan-Soalan Lazim' atau e-melkan persoalan anda kepada tunaspotensi2016@yayasanpeneraju.com.my. E-mel akan dibalas dalam jangka masa 5 hari bekerja.

Kerjasama anda amat kami hargai.

NOTA :

1) Sila periksa Senarai Kursus, Institusi dan Kelayakan Minima untuk syarat kelayakan yang lebih khusus mengikut bidang pengajian.

2) Program pembiayaan pendidikan Peneraju Tunas Potensi adalah khusus untuk lepasan SPM/STPM 2015 sahaja dan tidak dibuka kepada pelajar lepasan A-Level / IB / Asasi / Matrikulasi / Diploma / Ijazah Sarjana dan lain-lain.

3) Senarai Dokumen di laman sesawang Yayasan Peneraju adalah untuk rujukan sahaja. Calon yang memohon tidak perlu menghantar dokumen tersebut semasa tempoh permohonan. Hanya calon yang di senarai pendek ke sesi Penilaian dan Temuduga sahaja yang perlu menyediakan dokumen tersebut untuk diserahkan kepada penemuduga apabila dimaklumkan nanti.

'MEMUPUK DAN MEMBANGUNKAN BAKAT BUMIPUTERA KE POTENSI TERTINGGI'
'MEREALISASI ASPIRASI'

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA

Saturday, March 19, 2016

Bahaya strok haba

Strok haba adalah antara penyakit yang biasa berlaku ketika cuaca panas melampau. Disebabkan peningkatan suhu sekeliling, strok haba atau heat stroke berisiko tinggi menyerang mereka yang mengalami peningkatan suhu badan mencecah 40.5 darjah Celsius.
Kebiasaannya, strok haba akan mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan peluh secara berlebihan sehingga menyebabkan air dalam badan berkurangan. Selain itu, tubuh badan juga terdedah kepada dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma seterusnya kematian.


Antara mereka yang berisiko adalah warga emas, pesakit diabetes dan mereka yang mengalami masalah obesiti. Pada masa sama, strok haba juga berisiko menyerang haiwan peliharaan.
Tanda-tanda awal seseorang itu di serang strok haba ialah mengalami sakit kepala berdenyut, merasa mual dan muntah, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas, denyutan nadi menjadi pantas, otot lemah dan kejang, kulit kering dan kemerahan, sawan, pitam, serta tangan dan kaki menjadi sejuk.
Walau bagaimanapun, terdapat langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil antaranya mengelakkan daripada melakukan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas.
Selain itu, minum air dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. Di samping itu, elakkan daripada melakukan aktiviti di atas permukaan yang panas seperti di atas simen.
Strok haba boleh dielakkan jika kita mengelak daripada kerap terdedah dengan persekitaran luar dan mengikuti langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.


Tuesday, March 1, 2016

Keputusan SPM 2015

Kejayaan Cemerlang SMKLK boleh!
Tahniah!
Pelajar Terbaik SPM 2015.. Muhammad Asyraf Haikal b. Kamarulzaman

Athirah Ayu 
Mohd Hafiz b. Raduan 
Ridhuan b. Musa


Sunday, February 21, 2016

Makluman Berkenaan IPG

KENYATAAN PENAFIAN MENGENAI TARIKH PERMOHONAN ATAS TALIAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU YANG DISEBARKAN MELALUI MEDIA SOSIAL.


Adalah dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah menerima banyak pertanyaan mengenai tarikh berkaitan dengan permohonan atas talian ke Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi tahun 2016 untuk lepasan SPM seperti yang tersebar di media sosial sejak Disember 2015.
 
Sehubungan dengan itu, sehingga kini IPGM tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman mengenai tarikh-tarikh yang berkaitan dengan permohonan kemasukan ke IPG secara atas talian bagi tahun 2016.
 
Sebarang maklumat rasmi hanya akan disebarkan melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
 

Lambor Kiri D Hati

Salam perpisahan  buat semua warga Lambor Kiri

Kalau ada sumur di ladang
Boleh teman menumpang mandi
lnshaa Allah umur yang panjang
Kelak kita bertemu lagi

Cinta Lambor Kiri








Monday, February 15, 2016

AMALAN GURU PENYAYANG 2016








Program Pelancaran Amalan Guru Penyayang Peringkat Sekolah SMK Lambor Kiri
Tarikh: 15 Februari 2016, Isnin
Masa: 7.30 pagi
Perasmi: En. Shamsahhimi B. Harun (Pengetua SMK Lambor Kiri)

Sunday, February 14, 2016

Makluman UPU

Ringkasan Seminar Jom Masuk U 2016
1. Bpkp penjenamaan semula UPU.
2. USM tidak termasuk dlm BPKP.
3. 19 buah universiti awam dan 93 institusi kemahiran awam.
4. Tarikh tutup pembelian  no unik 4 April 2016

5. Keputusan SPM ....3 Mac
6. Prog yg ada interview akan diinterview pd minggu akhir April.
7. Keputusan permohonan akan keluar pd 2 mei
8. Ada 12 pilihan kursus berbanding dulu 8 shj
9. Tiada had utk mengemaskini.
10.  Rayuan boleh dibuat selepas 5 hari keputusan kemasukan.
11. Utk maklumat trrperinci tel ...03-88706767 atau 03,-88706777

Wednesday, February 10, 2016

Makluman Peperiksaan

Pendaftaran Calon Persendirian PT3, Peperiksaan SPM, SPMU dan STAM bagi Tahun 2016

10 February 2016
Pendaftaran Calon Persendirian PT3, Peperiksaan SPM, SPMU dan STAM bagi Tahun 2016 adalah seperti berikut

Tuesday, February 9, 2016

Khasiat kulit telur

Tahukah anda sisa-sisa kulit telur ada kegunaannya. Kulit telur boleh digunakan untuk membunuh semut, lipas dan tikus. Cegah bunuh, halau dan lupus serangga-serangga perosak di rumah anda sebelum ia mendatangkan penyakit kepada anda.
Senang, mudah dan mujarab malah ramai yang telah mencuba. Ternyata berkesan untuk menghapuskan lipas, tikus, kumbang, siput, anai-anai, belalang, kutu, hama, parasit pokok, dan banyak lagi serangga perosak tanaman atau di dapur rumah anda. 
Sebelum ini kita sering tercari-cari kaedah mahupun petua bagi menghapuskan serangga-serangga kecil tersebut daripada memudaratkan dan seterusnya menjejaskan kesihatan kita. Jadi, ayuh segeralah bertindak !

Ikuti Langkah-langkah berikut: 

1.  Keringkan kulit telur terlebih dahulu dan ditumbuk halus supaya menjadi serbuk seperti tepung. Simpan di dalam botol kaca supaya tahan lama dan tidak mudaratkan manusia. 
2.  Tabur di kawasan tanaman yang terkena serangan serangga perosak. Bagi tikus, tabur di tempat laluan tikus itu. Contohnya di bawah pintu dapur anda. Jangan tercicir seinci pun laluannya. 
3.   Bagi lipas pula, taburkan serbuk itu di celah-celah dapur yang dikenal pasti laluan lipas pada waktu malam. Keeesokan harinya lipas dan serangga akan mati. Bagi anai-anai pula taburkan di lubang laluan utama keluar masuk ke sarangnya. Anai-anai akan mati akibat terhidu serbuk kulit telur.
 Semoga petua ini memberi manfaat kepada anda semua

Monday, February 8, 2016

Belajar Cara Belajar

Bahagian 1: Persediaan Untuk Belajar

Sebelum anda belajar ataupun mengulangkaji, andalah terbaik anda mengetahui bagaimana untuk “bersedia untuk belajar“. Berikut adalah cara-caranya.

1. Mengatur Masa

Masa amat kritikal dalam pembelajaran berkesan, oleh itu anda perlu mengaturnya dengan baik. Anda perlu membuat jadual waktu harian dan membekalkan beberapa jam mengikut kemampuan anda untuk belajar dan mentelaah pelajaran. Dengan berbuat demikian, ia boleh memberikan anda keputusan yang lebih dalam peperiksaan.
Jumlah jam yang diaturkan boleh jadi berbeza mengikut tahap pembelajaran yang anda sedang ikuti (sekolah ataupun kolej universiti) dan bidang pembelajaran (sains ataupun sastera). Pastikan anda mengatur masa itu dengan sekadarnya dan ianya munasabah, agar anda boleh ikut perancangan anda dengan baik.
Anda perlu imbangkan sekolah, kelas, latihan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Sekiranya anda sedang mengalami masalah dalam kelas, anda perlu pertimbangkan kerja sambilan ataupun aktiviti kokurikulum. Dalam keadaan ini, anda perlu utamakan gred pembelajaran terlebih dahulu dan berhentikan untuk sementara komitmen yang lain, sehinggalah keputusan anda meningkat.
Untuk pelajar kolej mahupun universiti, anda perlu memperuntukkan masa mengulangkaji pelajaran bergantung kepada tahap kesukaran dan kadar jam kredit sesuatu subjek tersebut. Sebagai contoh, anda mempunyai subjek fizik sebanyak 3 jam kredit, anda perlu belajar 9 jam seminggu (3 jam x 3 tahap sangat sukar).
Ataupun contoh yang lain: subjek sastera yang agak sukar, anda boleh memperuntukkan 6 jam seminggu untuk subjek tersebut (3 jam x 2 tahap agak sukar).
Walaubagaimanapun, di atas adalah sekadar cadangan sahaja, anda boleh mengubah cadangan di atas mengikut keperluan dan kemampuan anda. Apa yang pasti, anda perlu menguasai subjek tersebut, dan faham apa yang penting untuk kehidupan anda.
Bersambung...


Barisan Pengawas dan PRS SMK Lambor Kiri Sesi 2016


Barisan Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya SMK Lambor Kiri Sesi 2016
Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan tanggung jawab yang diberi.

PENGEMASKINIAN BORANG PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2016/017

PENGEMASKINIAN BORANG PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2016/017


Sukacita dimaklumkan bahawa Pengemaskinian Borang Permohanan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017  boleh dilakukan bermula 10 Februari sehingga 24 Februari 2016. Sila layari www.moe.gov.myuntuk maklumat lanjut.

Friday, February 5, 2016

Tahun Baru Cina (Chinese New Year)

Tahun Baru Cina (Chinese New Year) merupakan perayaan terpenting untuk orang berbangsa Cina dalam menyambut tahun baru mengikut kalendar qamari Cina Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Bagi tahun 2016, perayaan tahun baru cina (tahun monyet) akan disambut oleh rakyat Malaysia yang beragama Buddha pada tarikh 8 Februari 2016 Tahun Baru Cina juga dianggap sebagai detik permulaan (kosong-kosong), titik permulaan juga penentuan nasib dalam menjalani kehidupan yang mendatang Persediaan Dan Cara Sambutan Tahun Baru Cina 2016
Di Malaysia Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin
Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA 2016 (CHINESE NEW YEAR) MALAYSIA
Berikut disertakan terjemahan beberapa istilah bahasa Manderin ke Bahasa Melayu

 Bahasa Mandarin
Bahasa Melayu
Xin Nian Kuai Le
Selamat tahun baru
Shen Ti Jian Kang
Semoga selalu sihat
Da Ji Da Li
Semoga mendapat berkat dan keuntungan besar
Bu Bu Gao Sheng
Semoga maju jaya /dapat kenaikan pangkat,
hubungan baik /usaha meningkat
Sheng Yi Xing Rong
Semoga usaha bertambah maju
Wan Shi Ru Yi
Semoga semua permintaan dipenuhi
Gong Xi Fa Chai
Tahniah moga mendapat lebih kekayaan / Berbahagia dan cepat kaya
Nian Nia You Yu
Semoga tiap-tiap tahun baharu selalu makmur
Kiong Hi Fat Coi Ang Pau Na Lai
Selamat tahun baru angpaunya tolong diberikan kepada saya

Wednesday, January 20, 2016

Watikah Pelantikan Pengawas

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas dan Pembimbing Rakan sebaya(PRS) 2016 telah berlangsung di Dataran Ilmu SMK Lambor Kiri pada 18 Jan 2016
Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dam semangat kepada Pengawas Sekolah dan PRS supaya menjalankan tugas dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab. Disamping itu adalah diharapkan agar para pelajar dapat mencontohi rakan-rakan yang telah terpilih.

Pihak Lembaga Pengawas dan disiplin sekolah mengucapkan terima kasih semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
"Disiplin Perdana Akademik Utama"


Thursday, January 7, 2016

Jadual Terkini Peperiksaan Awam 2016

 PEPERIKSAANTARIKH
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) (SPMU)
Bertulis 13 - 16 Jun 2016
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Bertulis 
  05 - 08 September 2016
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Ujian Bertulis
  11 - 13 Oktober 2016
Ujian Lisan
  Bertutur - 01 - 30 Ogos 2016
  Mendengar - 09 Ogos 2016 (BM)
                     - 10 Ogos 2016 (BI)
  Tilawah & Hafazan - 21 - 26 Ogos 2016
Ujian Pelbagai Instrumen
  Geografi - 17 - 29 Julai 2016
  Sejarah - 19 Jun - 01 Julai 2016
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Lisan
  25 - 28 Julai 2016
  01 - 04 Ogos 2016
Bertulis
  17 - 19 Oktober 2016
  25 - 26 Oktober 2016
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bertulis 
  07 November - 06 Disember 2016

MAKLUMAT PENTING PROGRAM VOKASIONAL MENENGAH ATAS (PVMA)


MAKLUMAT PENTING PROGRAM VOKASIONAL MENENGAH ATAS (PVMA)



Pengetua
Sekolah Menengah PVMA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, SALAM PERAK EXCELLENT.

Tuan,

MAKLUMAT PENTING PROGRAM VOKASIONAL MENENGAH ATAS (PVMA)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan,  berikut dilampirkan beberapa makluman tentang PVMA

2.1    Makluman Pengambilan Murid Bagi Mengikuti PVMA Ambilan 2016
2.2    Perlaksanaan PVMA di Sekolah-Sekolah Menengah (SMK) Terpilih pada tahun 2016
2.3    Pakej Modul Akademik bagi Pelajar PVMA di Sekolah Menengah Kebangsaan

3.         Untuk makluman tuan, segala maklumat lanjut berkaitan perkara ini bolehlah menghubungi En. Baharim b. Ali di talian 012-5065615 atauPn. Intan Rabizah bt Noor Buddy di talian 05-2414000 (sambungan 119) atau 016-5031772.

Kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


SENARAI SEKOLAH PVMA PERAK

1.    SMK SYEIKH ABDUL GHANI, JALAN SUNGKAI, 35500 BIDOR, PERAK
2.    SMK SULTAN ABDUL AZIZ, JALAN PADANG TEMBAK, 36000 TELUK INTAN, PERAK
3.    SMK SULTAN ABDULLAH, BATU 11 ½ JALAN CHENDERUNG BALAI, 36600 CHENDERUNG BALAI, PERAK
4.    SMK ULU BERNAM, 36500 ULU BERNAM, PERAK
5.    SMK DATO’ AHMAD, JALAN ALANG ISKANDAR, 33400 LENGGONG PERAK
6.    SMK BERSIA FELDA, 33400 GERIK, PERAK
7.    SMK ALANG ISKANDAR, JALAN KURAU, 34300 BAGAN SERAI, PERAK
8.    SMK RAJA LOPE NOR RASHID, 34250 TANJUNG PIANDANG, PERAK
9.    SMK KUALA KURAU, 34350 KUALA KURAU, PERAK
10.    SMK KAMPAR, JALAN KUALA DIPANG, 31900 KAMPAR, PERAK
11.    SMK SERI AMPANG, JLN. GUNUNG RAPAT, 31350 IPOH, PERAK
12.    SMK TASEK DAMAI, 30010 IPOH, PERAK
13.    SMK KG. PASIR PUTEH IPOH, JALAN PENGKALAN BARAT 18, 31650 IPOH PERAK
14.    SMK SIMPANG PULAI, 31300 IPOH, PERAK
15.    SMK ULU KINTA, JALAN PASUKAN POLIS HUTAN, 31150 ULU KINTA, PERAK
16.    SMK RAPAT SETIA, 31350 IPOH, PERAK
17.    SMK RAJA MUDA MUSA, JALAN SULTAN ISKANDAR SHAH, 33007 KUALA KANGSAR, PERAK
18.    SMK TEMENGGONG KATI, 33020 KUALA KANGSAR, PERAK
19.    SMK RLKT LASAH, 31120 SUNGAI SIPUT (U), PERAK
20.    SMK KAMUNTING, 34600 KAMUNTING, PERAK
21.    SMK BUKIT JANA, 34600 KAMUNTING, TAIPING, PERAK
22.    SMK KUBU GAJAH, 34140, SELAMA, PERAK
23.    SMK TAT BENG, SUNGAI NYIOR, 34800 TRONG, PERAK
24.    SMK PENGKALAN AUR, 34500 CHANGKAT JERING, PERAK
25.    SMK TG. MENTERI, 34850 CHANGKAT JERING, TAIPING PERAK
26.    SMK SERI MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG, PERAK
27.    SMK RAJA SHAHRIMAN BERUAS, 32700 BERUAS, PERAK
28.    SMK PANGKOR, JALAN PASIR BOGAK,32300 PULAU PANGKOR, PERAK
29.    SMK PANTAI REMIS, 34900 PANTAI REMIS, PERAK
30.    SMK SUNGAI RANGGAM, KOTA SETIA, 36810 KG. GAJAH, PERAK
31.    SMK SULTAN ABDUL  JALIL SHAH, SEBERANG PERAK, 36000 TELUK INTAN, PERAK
32.    SMK CHANGKAT LADA, BANDAR SEBERANG PERAK, 36800 KAMPUNG GAJAH, PERAK
33.    SMK LAMBOR KIRI, 32900 LAMBOR, PERAK