Pengetua


Kata Aluan Pengetua       
 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DARI MEJA PENGETUA: MEMPERKASAKAN KECEMERLANGAN KE ARAH MEREALISASIKAN PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH 2021-2023.


Sejajar dengan pelaksanaan Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2021-2025 yang memasuki Gelombang Kedua, maka SMK Lambor Kiri juga memahatkan tekad untuk berkembang lebih hebat bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara. Sehubungan dengan itu, satu plan pembangunan komprehensif dikenali sebagai ‘ Plan Transformasi SMKLK 2021-2023’ telah dirangka bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara.

Selaras dengan itu, slogan ‘Bersama Membina Kecemerlangan’ telah dipilih sebagai kata azimat serta ‘#SMKLK Gemilang’ merupakan kerangka promosinya dengan ‘Lamborian Warrior’ sebagai lanungan semangat bagi merangsang semangat juang semua warga SMKLK untuk merealisasikan Plan Transformasi SMKLK 2018-2023’.

Usaha untuk memperkasa kecemerlangan, bukan sahaja menuntut aspirasi pengurusan malah komitmen seluruh warga dan  sokongan komuniti serta gemblingan tenaga semua pihak yang berkepentingan. Justeru NBOS telah dikenalpasti sebagai strategi  yang ampuh bagi merealisasikan Plan Tranformasi ini. Setakat ini, beberapa buah syarikat korporat dan institusi  pendidikan telah menyatakan persetujuan untuk turut sama membantu.

Akhir kata, saya menyeru seluruh warga SMKLK ayuh kita layari bahtera 2018 ini dengan melakar kegemilangan dalam pencapaian dipersada pendidikan negara. Mari kita bersama-sama mengembling tenaga dan usaha untuk melangkah sederap dengan halatuju yang sama bagi memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkesan serta optimum. 

Sekian, wabillahi taufik walhidayah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


(SUZARA BT HASHIM)
Pengetua
SMK. Lambor Kiri.



     

0 comments:

Post a Comment

Embedded below post