wargasmklk

SMK Lambor Kiri

Aktiviti KoKurikulum

LAMBORIAN WARRIORS

Tuan Rumah NKISS

Bersama Membina Kecemerlangan

Tahniah Pengetua

SMKLK GEMILANG

Warga Pendidik

#SMKLK Gemilang

Tuesday, November 27, 2018

Selamat Bercuti

Wrgasmklk mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar, guru dan staf SMK Lambor Kiri

Sekilas Fakta


28 NOVEMBER 2018

Utqiagvik, Alaska, mengalami beberapa kemunculan cahaya siang sebelum memulakan 65 hari kegelapan.
[DIKEMASKINI] JIKA anda burung hantu, mungkin akan mempertimbangkan untuk menghabiskan musim sejuk di utara Alaska.
Ahad lalu, bandar Utqiagvik di Alaska mengalami matahari terbit dan matahari terbenam terakhir untuk tempoh kira-kira dua bulan.
Menerusi laporan CNN, kira-kira 4,000 orang di pekan tersebut kini mula bergelap selama 65 hari dan fenomena ini dikenali sebagai malam polar.
Menurut pakar meteorologi CNN, Judson Jones, malam polar adalah istilah biasa di tempat-tempat yang tidak mengalami matahari terbit selama lebih 24 jam.
"Ini berlaku setiap tahun. Sekiranya anda tinggal di atas Lingkaran Artik, akan ada hari di mana matahari terbenam sepanjang musim sejuk. Berita baiknya, ia akan kembali dan pada masa musim panas ia tidak akan terbenam untuk beberapa hari," katanya.
Utara Alaska terletak di atas Lingkaran Artik, iaitu lingkaran latitud yang mengelilingi kawasan polar Arktik yang dingin.
Meskipun Utqiagvik bukan satu-satunya bandar Alaska yang mengalami fenomena ini, namun ia merupakan yang pertama dalam senarai lokasi malam polar kerana berada paling jauh di utara.
Selama kira-kira satu hingga dua bulan, penduduk Kaktovik, Point Hope dan Anaktuvuk Pass juga akan bergelap tanpa matahari.  
Menurut KTUU rangkaian gabungan CNN, matahari terbenam terakhir mereka akan berlaku antara akhir November dan awal Disember.
Matahari terbenam pada jam 1.43 petang Ahad di bandar Utqiagvik, ia akan menghilang selama 65 hari sebelum muncul semula pada 23 Januari 2019.