wargasmklk

SMK Lambor Kiri

Aktiviti KoKurikulum

LAMBORIAN WARRIORS

Tuan Rumah NKISS

Bersama Membina Kecemerlangan

Tahniah Pengetua

SMKLK GEMILANG

Warga Pendidik

#SMKLK Gemilang

Monday, December 28, 2015

PERTANDINGAN ANTARTIKA LESTARI 2015 (STRIP KOMIK): KAWASAN KUTUB, PERUBAHAN IKLIM & KELESTARIAN SEJAGAT - SEKOLAH MENENGAH

Sekolah-sekolah Menengah Negeri Perak.


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa program tersebut dianjurkan oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPSAM) dan Universiti Sains Malaysia (di bawah  POLAR @USM dan Pusat Kajian Kelestarian Global) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sehubungan dengan itu murid-murid sekolah tuan adalah dijemput untuk menyertai program tersebut. Tiada sebarang implikasi kewangan terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia/Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai Universiti Sains Malaysia, Dr Rashidah binti Abdul Rahim  di talian 04-653 6158 / emel: rshidah@usm.my . Laman web polar.usm.my / ypasm.my / cgss.my juga boleh dilayari untuk maklumat lanjut.
Sila klik attachments untuk surat dan syarat pertandingan.
Sekian, terima kasih.
UNIT KOKURIKULUM
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
Attachments:
Download this file (PERTANDINGAN ANTARTIKA_no 50.pdf)PERTANDINGAN ANTARTIKA_no 50.pdf[ ]3411 kB
Download this file (STRIPKOMIK2015.pdf)STRIPKOMIK2015.pdf[ ]352 kB

Tuesday, December 22, 2015

Permohonan Program Pengkarya Guru KPM 2016

Permohonan Pengambilan Peserta Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM 2016

Bengkel Empat Siri Pengkarya Guru KPM 2016 anjuran Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.
Permohonan terbuka kepada warga pendidik (Gred DG) yang berbakat dan berminat untuk menghasilkan buku kanak-kanak dan remaja. Bengkel empat siri Pengkarya Guru akan diadakan pada hujung minggu (Khamis hingga Ahad). Penyertaan peserta yang telah menghasilkan manuskrip yang belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak amat dialu-alukan. Yuran kursus, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Anda cuma perlu biayai sendiri kos perjalanan ke tempat kursus DI LEMBAH KELANG pada tarikh-tarikh yang berikut:
·         24, 25,26 dan 27 Mac 2016
·         21, 22, 23 dan 24 April 2016
·         26, 27, 28 dan 29 Mei 2016
·         11, 12, 13 dan 14 Ogos 2016
*Semua peserta yang terpilih wajib menghadiri keempat-empat siri. 
Peserta yang terpilih akan dihubungi selewat-lewatnya pada 1 MAC 2016.
Sila muat turun borang permohonan dan hantarkan borang yang lengkap dan sampel hasil karya (penulisan atau ilustrasi atau kedua-duanya) ke mbkmmoe@gmail.com sebelum 31 Januari 2016.

Matrikulasi, Asasi, Diploma dan Tingkatan 6


Apa perbezaan kemasukan ke Program Matrikulasi, Asasi, Diploma dan Tingkatan Enam? Harap adik2 yg bakal mengambil keputusan SPM nanti dpt membuat pilihan yg tepat.


Berikut adalah perbezaan masuk matrikulasi, IPTA, dan Tingkatan 6 KPM. Bagi calon lepasan SPM yang sedang menunggu atau ingin mengambil keputusan menyambung pelajaran, dibawah adalah perbezaan antara ketiga-tiga institusi milik kerajaan yang paling digemari ramai.

Kelebihan Tingkatan 6

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;

* Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.

* Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.

* Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.

* Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.

Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semester.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350
satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Sumber: Perbezaan Masuk Matrikulasi, IPTA, Dan Tingkatan 6 KPM | melvister.com

Cintai Rasul

BIODATA RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.



Nota Kaki :
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencinta kita.

Tuesday, December 15, 2015

KEMASUKAN 10% MARKAH KOKURIKULUM PELAJAR SPM,STPM DAN STAM 2015


KEMASUKAN 10% MARKAH KOKURIKULUM PELAJAR SPM,STPM DAN STAM 2015



Sukacita dimaklumkan bahawa kemasukan markah kokurikulum ke dalam Aplikasi Penilaian 10% Markah Kokurikulum untuk pelajar SPM, STPM dan STAM 2015  boleh dilakukan bermula 15 Disember 2015 sehingga 15 Februari 2016.
Sila layari www.moe.gov.my untuk maklumat lanjut.

SEMAKAN TAWARAN KE SEKOLAH KAWALAN TINGKATAN SATU (1) AMBILAN 2016

SEMAKAN TAWARAN KE SEKOLAH KAWALAN TINGKATAN SATU (1) AMBILAN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Sekolah Kawalan Tingkatan Satu (1) Ambilan 2016  boleh dilakukan bermula 20 Disember 2015 Jam 10 Pagi.
Sila layari https://public.moe.gov.my untuk maklumat lanjut.

SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN MURID SECARA 'ONLINE' & E-RAYUAN KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2016

SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN MURID SECARA 'ONLINE' & E-RAYUAN KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2016


SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN MURID SECARA 'ONLINE' & e-RAYUAN  KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2016, KPM DIBUKA MULAI  14 DISEMBER 2015 (ISNIN ) HINGGA 6 JANUARI 2016 (RABU) Di http://www.moe.gov.my

SENARAI CALON BERJAYA KE TINGKATAN 1 SEKOLAH SUKAN PERAK TAHUN 2016

BilNO ANGKA GILIRAN UPSRNAMASUKANNAMA  SEKOLAH
1AE0401050MUHD HAIKAL BIN ABDUL RASSIDBOLA SEPAKSK SUNGAI SIPUT (U)

Monday, December 14, 2015

Hebahan Hala Tuju Murid

Hebahan makluman berkenaan permohonan ke bidang kemahiran di Institut Agro Usahawan (IGROW) Tahun 2015

Bagi Murid Lepasan PT3 boleh memohon IGROW ini dengan menggunakan borang tertera.
Kos yang perlu dibayar oleh pemohon RM 300 untuk 2 tahun pengajian  (RM 500 bagi pelajar lepasan SPM)

Had umur pemohon: 16 -35 Tahun

Syarat: Boleh membaca, menulis dan mengira

Kursus yang ditawarkan:
1. Tanaman (Tahap 1,2,3)
2. Ruminan (Tahap 1,2,3)
3. Akuakultur (Tahap 1,2,3)
4. Pemasaran (Untuk lepasan SPM sahaja)
5. Farm stay (Untuk lepasan SPM sahaja)

Kelebihan lain:
Sijil SKM diperakukan oleh kementerian
Asrama, makan minum, pengangkutan disediakan. Tempat TERHAD

Ambilan terkini pada 21 Disember 2015
Lokasi pusat latihan berdekatan Sekolah SARJANA. Tempat ini dikenali sebagai Kem Dato Sagor




UPDATE: Pengumuman dan Penyerahan Keputusan PT3 Tahun 2015 SMK Lambor Kiri

Assalamualaikum dan salam motivasi kepada semua.
Pada tanggal 14 Disember 2015 ( Isnin ) bertempat di Dewan Harmoni SMK Lambor Kiri telah diadakan Majlis Penyerahan Keputusan PT3 Tahun 15. Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi dengan kehadiran para pelajar Tingkatan 3 lengkap berpakaian rasmi sekolah bagi menerima keputusan PT3 mereka. Majlis turut dihadiri bersama dengan Yang Dipertua PIBG SMK Lambor Kiri Tuan Megat Mahmud Megat Yusuf  serta ibu bapa pelajar. Calon PT3 yang seramai 97 orang pelajar. GPMP: 3.00 (meningkat berbanding tahun 2014)

Statistik ringkas keputusan pelajar:

10 A: 1 orang
 9 A: 1 orang
 8 A: 1 orang
 7 A: 1 orang
 6 A: 9 orang
 5 A: 11 orang
 4 A: 24 orang


Senarai nama pelajar cemerlang
1. Muhammad Alif Farhan B Ruzlan   10A
2. Mohamad Amir Asyraf B Maamor   9A
3. Puteri Nursyafika Wahida bt Megat Ahmad Amin  8A
4. Nor Arina Safiah bt Ahmad Termizi  7A
5. Amar Syarifuddin b Ghazali  6A
6. Fatin Nadia bt Mohd Yusuf 6A
7.Khairul Bariah bt Khairulzaman 6A
8. Nur Alia Syafiqah bt Abdul Halim  6A
9. Mai Ayu Farzana bt Mior Jelani 6A
10. Shakira bt Zahari



Wefie sikit hihi
Tahniah kepada yang berjaya,yang sebaliknya usah kecewa kerana masa depan anda masih jauh. Don't ever give up ya. Mulakan azam 2016 dengan semangat yang luar biasa bagus sekali. Orang hebat adalah orang yang gagal tetapi bangkit daripada kegagalannya itu.

Sunday, December 13, 2015

PT3 2015

Keputusan terbaik PT3 2015
Muhammad Alif Farhan 10 A


Wednesday, December 9, 2015

PERMOHONAN KE TINGKATAN EMPAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2016

PERMOHONAN KE TINGKATAN EMPAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2016

Permohonan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2016 secara online akan dibuka mulai 10 Disember 2015 hingga 30 Disember 2015.

Monday, December 7, 2015

PERMOHONAN ONLINE PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) AMBILAN 2016

PERMOHONAN ONLINE PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

Permohonan online Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Ambilan Januari 2016 mulai 26 November hingga 20 Disember 2015. 
 Sila layari laman sesawang KPM, http://www.moe.gov.my  https://sptv.moe.gov.my
Sebarang pertanyaan berhubung perkara tersebut, boleh terus menghubungi 038884 5067 / 5089 / 5088

SURAT SIARAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK)

SURAT SIARAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK)

SURAT SIARAN PEMAKLUMAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) DI KPM TAHUN 2014 DAN 2015
Butiran penuh seperti di lampiran.
Boleh muat turun surat di laman web rasmi http://www.moe.gov.my/
Muat Turun
SURAT SIARAN PEMAKLUMAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TBBK

Tuesday, December 1, 2015

Kepada Warga Pendidik

SURAT SIARAN BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN : PINDAAN HAD UMUR BAGI PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

 

Kredit makluman daripada laman web rasmi kementerian pendidikan malaysia


Muat Turun
Surat Siaran

Saturday, November 28, 2015

Majlis Anugerah Kokurikulum SMK Lambor Kiri Tahun 2015

Nama program: Majlis Anugerah Kokurikulum Peringkat Sekolah SMK Lambor Kiri Tahun 2015
Tarikh Perlaksanaan: 19 November 2015 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Dataran dan Dewan Harmoni SMK Lambor Kiri
Aktiviti : 1. Senamrobik
             2. Majlis Anugerah Kokurikulum
Perasmi: Yang Dipertua PIBG


Program Pembugaran Sahsiah Penerima Biasiswa SMK Lambor Kiri Tahun 2015

Dokumentasi
Seri Iskandar 13 November 2015 - Seramai 40orang murid penerima biasiswa SMK Lambor Kiri telah mengikuti program selama 2 hari 1 malam di Hotel D’ Seri Iskandar. Program ini merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Biasiswa sekolah. Program yang bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan potensi diri murid penerima biasiswa, meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran belajar dan bahasa inggeris serta mendedahkan diri murid dengan kemahiran interpersonal.

Belajar Sambil Bekerja

KEMASUKAN JANUARI 2016 DIBUKA!!! Berminat utk sambung belajar sambil bekerja di Universiti Awam yg terkemuka, Universiti Malaya???

- Kelas hanya hari Ahad
- Kelulusan SPM, 3 kredit sahaja diperlukan
- Yuran yg rendah utk 2 tahun pengajian ( 4 semester)
- Bayaran yuran yg fleksibel sama ada melalui PTPTN ,KWSP atau ansuran
- dan pelbagai lg kelebihan, boleh membantu melangkah lebih jauh dalam kerjaya bukan sekadar SPM

Bidang yg ditawarkan :

- Kaunseling
- Pentadbiran & Operasi
- Sumber Manusia
- Perniagaan
- Pendidikan Awal Kanak2
- Pentadbiran Perakaunan
- Teknologi Maklumat
- Pengurusan Teknologi Pembuatan
- Perbankan & Kewangan Islam

Sekarang borang khas telah ada dengan saya. Hubungi segera utk dibantu, seluruh Malaysia mari menambah ilmu anda.... 012-9638061 / 012-5314610

Hala Tuju Selepas SPM

➖➖➖➖➖➖➖
NOTA PENTING UNTUK LEPASAN SPM
➖➖➖➖➖➖➖
Isi borang-borang di bawah...
⬇⬇⬇⬇⬇
🔴 Laman UTAMA UPU
👉 http://upu.moe.gov.my
🔴 Borang UPU Online
👉https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu_2015
🔴 Portal RASMI Kementerian Pendidikan Malaysia (Jabatan Pendidikan Tinggi)
👉 http://upu.moe.gov.my/web
🔴 Facebook RASMI berkaitan UPU

Friday, November 27, 2015

Peluang Melanjutkan Pelajaran


Pengambilan Pelajar Baru
Japan Malaysia Technical Institute (JMTI) Sesi Januari 2016.

📙 Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik

Tip Semasa Cuti Sekolah

Kali ini, cikgu akan berkongsi dengan adik-adik tip memanfaatkan masa semasa cuti sekolah. Khususnya berkongsi perkara yang boleh memberi manfaat kepada pelajaran adik-adik.

Thursday, November 26, 2015

SEMAKAN UJIAN TEMUDUGA CALON SMKA KERIAN TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB TAHUN 2016

Sehubungan dengan itu, warga SMK Lambor Kiri mengucapkan TAHNIAH kepada calon yang berjaya menghadiri sesi ujian temuduga calon SMKA Kerian Tahfiz Model Ulul Albab Tahun 2016.

Tuan/puan boleh menyemak keputusan ujian temuduga pada pautan di bawah :

http://jpnperak.moe.gov.my/smkakerian/temuduga/



3. Semua calon wajib mematuhi arahan dan makluman ujian seperti berikut :

a) Calon berjaya perlu mencetak keputusan ujian temuduga di laman web Jabatan Pendidikan Negeri Perak

b) Calon perlu membawa kad pengenalan bagi semakan id semasa pendaftaran

c) Calon perlu berpakaian rasmi sekolah rendah bagi menghadiri kedua-dua ujian tersebut

d) Calon perlu berada di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan oleh urusetia peperiksaan

e) Calon perlu hadir di pusat peperiksaan 30 minit lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah

PERMOHONAN KE TINGKATAN EMPAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2016


Permohonan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2016 secara online akan dibuka mulai 10 Disember 2015 hingga 30 Disember 2015.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.moe.gov.my dari semasa ke semasa.
Terima kasih.

Permohonan Ke Program Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2016

Permohonan Ke Kolej Vokasional Sesi 2016
Klik Disini Untuk Permohonan Murid Ke Kolej Vokasional 2016

PERMOHONAN ONLINE PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

Permohonan online Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Ambilan Januari 2016 mulai 26 November hingga 20 Disember 2015. Sila layari laman sesawang KPM, http://www.moe.gov.my / http://www.sptv.moe.gov.my
Sebarang pertanyaan berhubung perkara tersebut, boleh terus menghubungi 03884 5067 / 5089 / 5088